Berita

Ekonomi MADANI: Negara sasar muncul 30 ekonomi terbesar dunia

Malaysia mampu mencapai sasaran besar itu dengan meneladani negara yang pernah berdepan kejatuhan.

KUALA LUMPUR 27 Julai – Malaysia menyasarkan untuk berada dalam senarai 30 ekonomi terbesar dunia dalam jangka masa sederhana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara sasaran utama dalam penstrukturan semula ekonomi negara menerusi kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Perdana Menteri yakin Malaysia mampu mencapai sasaran besar itu dengan meneladani negara yang pernah berdepan kejatuhan, namun tangkas dan bangkit semula ke hadapan.

“Mahu atau tidak, kita mesti menjadi jaguh ekonomi serantau. Kita perlu punyai minda global dan mengutama pengantarabangsaan ekonomi.

“Dengan demikian, kita mampu mencapai sasaran ditetapkan untuk muncul sebagai 30 ekonomi terbesar di dunia dalam jangka masa sederhana.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus, namun jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button