Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 ,platform berhubung dengan pengeluar dari China
Sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama akan diadakan dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Ia merupakan sebuah tempat pameran perdagangan terbesar di Malaysia anjuran bersama Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dan dihoskan oleh JMM Exhibition.
Ekspo tersebut bertujuan menyediakan platform untuk peniaga dan pengguna tempatan untuk terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala.
Pengasas JMM Holding, Ellison Yang, berkata, “China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dan dasar bebas visa baru-baru ini telah meningkatkan lagi pertukaran budaya dan komersial antara negara kita.”
Acara tersebut bakal mengetengahkan lebih 200 jenama dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkemuka dari China merentasi pelbagai sektor, termasuk tenaga baharu (PV solar (photovoltaics), stor tenaga dan cerucuk pengecasan, lampu, peralatan domestik dan produk rumah pintar.
Bahkan ia menyediakan pengalaman pembelian yang komprehensif sama ada untuk pengusaha perniagaan tempatan yang mencari pesanan pukal atau pengguna runcit yang ingin meneroka pelbagai jenis produk.
Selain itu, Dengan pertumbuhan pesat e-dagang dan beli-belah secara dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 memberikan kemudahan yang amat dinanti-nantikan untuk peniaga dan pembeli tempatan.
Ekspo berkenaan menjangkakan akan menarik lebih 15,000 pengunjung dan menjana transaksi sebanyak RM60 juta dalam urus niaga perdagangan serta menandakan lagi pencapaian baru dalam sejarah hubungan perdagangan Malaysia-China.
Acara tiga hari itu adalah percuma untuk semua pengusaha perniagaan dan pembeli, dan adalah dialu-alukan supaya semua peserta dapat meneroka peluang baharu dan menyaksikan perkembangan landskap e-dagang Malaysia-China baharu ini.