Elegant Cosmetics lancar serum Aedos, lantik Hannah Delisha sebagai duta
Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut.
KUALA LUMPUR, Mac 24 – Wajah jelita dan pesona menarik selebriti Hannah Delisha telah ‘memikat’ jenama kosmetik tempatan, Elegant Cosmetics untuk memilihnya sebagai duta jenama itu, baru-baru ini.
Pengasasnya, Datuk Al Amin dan Fitri Khai berkata, pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek.
“Hannah merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi duta.
“Ini selaras juga dengan setiap penghasilan produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya,” katanya pada Malam Gala Elegant Cosmetics di Tenera Bangi, baru-baru ini.
Dalam majlis itu, Elegant Cosmetics turut melancarkan inovasi serum oilet Elegant Age Defiance Oilet Serum atau lebih dikenali sebagai Eados Serum.
Eados Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan Adenosine dan Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit.
Beliau berkata, inovasi terbaharu oilet bubble atau Oil-Infused Water dengan 3 warna yang berbeza iaitu Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C yang terdapat dalam serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit.
“Jarang kita dengar tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.
“Sehubungan dengan itu, menjadi satu kejayaan baharu lagi buat pihak Elegant Cosmetics sempena menyambut ulang tahun kelahiran jenama Elegant Cosmetics yang ke-3 tahun di pasaran,” katanya.
Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq, Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia. — Xklusif