Empat individu direman tanam buku ‘Abuya’ di Kelantan
Seorang bapa bersama tiga anak lelaki yang disyaki ahli Global Holdings (GISBH) tiba di Mahkamah Kota Bharu pagi ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Mereka berusia antara 15 hingga 48 tahun yang berpakaian biasa tiba pada jam 8.45 pagi semalam dengan menaiki van polis.
Difahamkan, mereka ditahan di Johor Bahru semalam sebelum dibawa ke Kota Bharu.
Mereka ditahan selepas dipercayai cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku-buku berkaitan fahaman Al Arqam di Kampung Panji di sini.
Media sebelum ini melaporkan, polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.
Menerusi operasi berkenaan, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.
Semalam, Polis Kelantan menyerbu rumah amal dan sekolah milik Global Holdings (GISBH) di Gong Kulim, Pasir Puteh dan menemui pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam yang disembunyikan dalam stor dalam rumah amal terbabit.