Berita

Empat mangsa dipercayai tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Seorang mangsa telah ditemui manakala usaha mengesan yang lain sedang giat dijalankan.

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Seorang mangsa ditemui, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada 2.51 pagi tadi.

“Seorang mangsa ditemui, manakala 4 lagi mangsa dipercayai masih berada di bawah runtuhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, yang turut disertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (Storm) serta Unit Anjing Pengesan (K9). — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button