Hiburan

Exists dan Masdo bakal bergabung dalam “Battle of Time” di WTCKL

Peminat muzik tempatan bersiap sedia untuk merasai pengalaman luar biasa dalam acara BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO yang bakal berlangsung pada 10 November 2024, di Dewan Merdeka, WTCKL. Acara ini adalah hasil kerjasama antara DENNSA dan SENSORHYTHM dengan sokongan Kementerian Komunikasi serta Kumpulan My Creative Ventures.

BATTLE OF TIME bukan sekadar sebuah konsert; ia adalah perjalanan pulang ke masa silam yang membangkitkan nostalgia melalui lagu-lagu malar segar dari kugiran legenda, Exists, yang telah mencipta banyak hit sepanjang zaman. Dengan pemilihan nama acara ini, penonton akan dibawa merasai transisi muzik yang menghubungkan generasi lalu dan kini.

“Exists adalah kugiran yang telah mendengar lagu-lagu mereka dari generasi Millenial hingga generasi Alpha. Lagu-lagu seperti ‘Oh Ibu’, ‘Julia’, dan ‘Langkah Seiringin’ masih relevan dan trending di platform media sosial seperti TikTok,” kata Dewi dari Dennsa, penganjur acara.

Bersama Exists, kumpulan Masdo yang terkenal dengan aliran pop 60-an, akan memeriahkan pentas dengan untaian hit mereka yang disusun semula. “Kami teruja berkongsi pentas dengan Exists, yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja,” ujar Putu Ceri dari Masdo.

Acara ini tidak hanya menawarkan hiburan, tetapi juga pengetahuan tentang sejarah dan pengaruh muzik tempatan. Penonton dijanjikan pengalaman yang mendalam dan penuh makna, di mana mereka dapat menikmati lagu-lagu ikonik dengan susunan muzik yang segar.

Tiket untuk BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO kini boleh didapati dengan pelbagai kategori harga, bermula dari RM159 hingga RM789. Dapatkan tiket anda melalui MYTICKET.COM dan ATOME.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertembungan dua era muzik yang pasti akan mencetuskan gelombang nostalgia ini!

Artis: Exists, Masdo
Acara: Battle of Time Exists X Masdo
Lokasi: Dewan Merdeka, WTCKL
Tarikh: 10 November 2024
Masa: 8 Malam
Penganjur: Dennsa & Sensorhythm
Disokong oleh:Kementerian Komunikasi & Kumpulan My Creative Ventures
Harga Tiket:RM159 – RM789
Pembelian Tiket: MyTicket.com, Atome

Dapatkan tiket anda segera dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik epik ini!

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button