Fahmi Reza dibebaskan, kembali ke KL.
Artis grafik dan aktivis Fahmi Reza dibebaskan semalam selepas ditahan oleh polis Sabah untuk membantu siasatan berhubung salah satu karya satiranya.
Ketua Polis Penampang, Sammy Newton, berkata Fahmi, yang direman selama sehari, dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 5.30 petang dan kembali ke Kuala Lumpur malam tadi, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Sabah, Jauteh Dikun, semalam mengesahkan bahawa Fahmi telah ditahan di Penampang dan sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Sebelum penahanannya, Fahmi dalam satu hantaran di X berkata beliau sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu untuk disoal siasat berhubung grafik terbarunya, yang telah dijadikan mural di Kota Kinabalu.
Beliau menyatakan bahawa dirinya sedang disiasat atas tuduhan hasutan, penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, dan penghinaan sengaja dengan niat untuk mencetuskan gangguan keamanan.