Berita

Fahmi ucap takziah buat keluarga Noor Azlina

Fahmi sebelum ini sempat bertemu Noor

KUALA LUMPUR 18 Okt – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas jurufoto Kumpulan Utusan, Noor Azlina Jaafar yang meninggal dunia malam semalam.

Fahmi menerusi hantaran di media sosial hari ini berkata, beliau pernah bertemu dengan Allahyarhamah pada 14 April lalu untuk memberi sumbangan Tabung Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nor Azlina Jaafar, bekas jurufoto Kumpulan Utusan, yang telah meninggal dunia hari ini.

“Kali terakhir saya bertemu Allahyarhamah pada 14 April lepas ketika memberi sumbangan Tabung HAWANA kepada suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar yang juga bekas wartawan Kumpulan Utusan.

“Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Noor Azlina Jaafar, 45, meninggal dunia di Hospital Serdang semalam dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di Batu 10, Cheras hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak perempuan dan seorang lelaki yang masih di sekolah rendah.

Nor Azlina dan suami adalah antara lebih 800 bekas pekerja Kumpulan Utusan yang diberhentikan selepas syarikat itu diisytihar bankrap pada 2019.

Bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga, pasangan tersebut terpaksa berniaga termasuk menjadi ejen pewangi kereta, membuka gerai burger di rumah dan ejen kereta sewa.

Artikel Berkaitan

Back to top button