Hiburan

Farid, Diana sah bercerai talak satu, lafaz guna Google Meet

Farid melafazkan talak tersebut menerusi Google Meet

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Kemelut rumahtangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu, hari ini.

Bagaimanapun, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melafazkan talak tersebut menerusi panggilan video (Google Meet) susulan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan sebelum itu memberitahu pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju melafazkan talak.

Dalam pada itu, Fakhrol memaklumkan Farid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan susulan baru pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini.

“Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19.

“Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik,” ujarnya.

 

FARID
Farid dan Diana dikurniakan dua cahaya mata

Sementara itu, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, yang ditemui di luar mahkamah sebelum prosiding berlangsung memberitahu tidak meletakkan sebarang harapan dan bersedia dengan keputusan dibuat mahkamah.

“Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk hari ini. Apa sahaja yang berlaku kita kena bersedia,” ucapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Diana memfailkan tuntutan cerai pada awal Mac lalu namun dalam Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu.

Pasangan ini juga telah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) seperti yang telah ditetapkan mahkamah namun gagal menemui jalan penyelesaian. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button