Ekonomi

FMTH 2025, tonggak baharu Industri Pelancongan Perubatan Malaysia

Malaysia melakar sejarah baru dalam sektor pelancongan kesihatan dengan pengumuman pemenang Program Flagship Medical Tourism Hospital (FMTH) 2025 oleh Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Inisiatif julung kali ini menjadi tonggak penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf dunia.

Majlis pengumuman anugerah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Surighandi Suppiah serta Duta Jenama Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ucapan Menteri Kesihatan menekankan peranan penting sektor pelancongan kesihatan dalam meningkatkan daya saing ekonomi nasional.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

Menurut Menteri, pelancongan perubatan merupakan tonggak ketahanan ekonomi jangka panjang negara disamping menyumbang kepada reputasi global Malaysia dalam bidang kualiti penjagaan kesihatan. Melalui FMTH, Malaysia berjaya memposisikan diri sebagai destinasi pilihan kepada rawatan perubatan, kesihatan, dan pemulihan bertaraf dunia.

Turut diangkat di majlis tersebut adalah pemenang utama FMTH 2025, Island Hospital, Pulau Pinang, yang diiktiraf atas kecemerlangan dalam servis perubatan dan keunggulan jenama antarabangsa. Tiga lagi hospital finalis ialah Institut Jantung Negara (IJN), Mahkota Medical Centre Melaka, dan Subang Jaya Medical Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Surighandi Suppiah

Selain pemenang utama, lima anugerah khas turut disampaikan bagi mengiktiraf pencapaian luar biasa masing-masing hospital dalam kategori seperti pertumbuhan hasil pelancongan, kecemerlangan teknologi perubatan, kerjasama strategik industri, inovasi digital dan keunggulan jenama.

Program FMTH yang bermula sejak 2021 merupakan langkah transformasi nasional untuk mempertingkat daya saing sektor perubatan Malaysia di peringkat global. Setiap hospital finalis menjalani audit dan penilaian strict oleh badan antarabangsa seperti Joint Commission International (JCI) dan IQVIA Consulting Group APAC.

Duta Jenama Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hospital pemenang akan berperanan sebagai duta yang memperkasakan jenama Malaysia dari segi kecemerlangan perubatan secara global, sekaligus menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk pelancong kesihatan yang mencari rawatan berkualiti dengan pengalaman holistik.

MHTC turut menegaskan bahawa FMTH memberi persediaan penting untuk kempen Malaysia Year of Medical Tourism 2026. Dengan penjenamaan berkelanjutan dan kerjasama erat dengan hospital, Malaysia bersedia menarik lebih ramai pelancong kesihatan dengan pakej lengkap termasuk rawatan, kesejahteraan dan Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K).

Island Hospital, Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama FMTH 2025, pengiktirafan ini diberkan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan dan keunggulan jenama antarabangsa.

Statistik bagi tahun 2024 menunjukkan Malaysia menerima 1.6 juta pelancong kesihatan dengan hasil industri mencapai RM2.72 bilion. Ini menandakan pemulihan pesat pascapandemik dan mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi perubatan dipercayai yang menawarkan rawatan berkualiti dengan harga mampu milik.

Sumber utama pelancong masih dari rantau Asia Tenggara, disebabkan faktor geografi yang dekat dan keserasian budaya. Usaha berterusan ini meletakkan Malaysia di posisi lebih kukuh menjelang 2026 untuk memacu pertumbuhan industri pelancongan perubatan di peringkat antarabangsa.

Sesi sidang media

Artikel Berkaitan

Back to top button