Fourkay, syarikat pembelian emas gadaian patuh syariah pertama di Malaysia
Fourkay Sdn Bhd, sebuah syarikat peneraju dalam perniagaan pembelian emas gadaian dan emas terpakai, mencipta sejarah baharu di Malaysia sebagai syarikat pembelian emas gadaian pertama di Malaysia yang menerima Sijil Pematuhan Syariah daripada Elzar Shariah Solution and Advisory yang diketuai oleh figura kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Iaitu setelah proses semakan, penambahbaikan terhadap proses dan kontrak dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay, Mohamad Sanusi Mohd Isa berkata, pengiktirafan ini bukan sahaja memperkukuhkan kepercayaan pelanggan kami, tetapi juga menunjukkan usaha berterusan Fourkay dalam memastikan setiap aspek pengurusan dalam perniagaan kami adalah telus, berintegriti dan mematuhi prinsip syariah.
Menyedari bahawa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih kurang memahami peluang menjana keuntungan melalui penjualan emas gadaian atau juga dikenali sebagai pembelian surat gadaian sebelum ini, Fourkay ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian patuh Syariah yang efektif serta membantu individu dan komuniti yang memerlukan.
Beliau juga menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko yang terlibat dalam urusan penjualan emas gadaian, termasuk ancaman penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta isu keselamatan yang timbul apabila berurusan dengan entiti yang tidak berdaftar atau yang tidak memiliki kredibiliti sebagai syarikat yang sah.
Fourkay kini beroperasi di Southville City, Dengkil, dan telah berjaya membantu lebih daripada 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia. Kami komited untuk memberikan bantuan kepada semua masyarakat atau individu yang ingin menjalani proses penjualan emas gadaian dan emas terpakai yang dijamin selamat, pantas dan telus.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fourkay, sila layari laman web Fourkay di www.fourkaygold.com atau hubungi kami di talian +60182805567.