Dunia

Gabenor Bali nasihat jangan tonton Upin Ipin

Gabenor Bali ingin menjaga budaya negeri itu dari budaya luar

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Demi menjaga budaya di Bali, Indonesia, penduduk negeri itu dinasihatkan supaya tidak menonton filem animasi terkenal negara, Upin dan Ipin.

Gabenor Bali (Indonesia), Wayan Koster, menyeru supaya mengikut nasihatnya itu bagi mengelak unsur budaya dari luar masuk ke negeri berkenaan.

Menurut IndoZone, beliau berkata, lebih baik sekiranya orang tempatan cipta karya sendiri sekali gus mengangkat budaya tempatan berbanding menonton siri animasi buatan negara jiran.

GABENOR BALI
Upin Ipin

“Jangan tonton lagi itu (filem Upin Ipin). Lebih baik kita bangunkan produksi yang mengangkat tradisi dan budaya kita.

“Tanah Bali betul-betul memiliki kekayaan untuk itu,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan hadiah Lomba Esai Film Jayaprana di Bali, semalam.

Selain itu Wayan juga menyebut, budaya dari luar, teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang. Tetapi jangan sesekali meninggalkan budaya Bali.

“Teknologi moden boleh berkembang, cara kehidupan moden boleh berkembang, tetapi satu hal yang saya ingatkan, jangan kita meninggalkan budaya Bali,” ujarnya.

Bagaimanapun, kenyataan Gabenor Bali itu mengundang pelbagai reaksi negatif warganet yang dianggap tidak masuk akal.

“Saya pilih Tok Dalang dari pakcik ni. Jangan pandai melarang saja, tapi berilah pilihan. Pilihan pun tak ada, jadi kami nak tonton apa? Masyarakat mempunyai hak dan kewajipan masing-masing,” kata warganet Indonesia. – Agensi

Artikel Berkaitan

Back to top button