Politik

Gabungan Kerajaan Perpaduan terima kekalahan, hormati suara rakyat

Gabungan Kerajaan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat di DUN itu yang berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.

“Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara, kata Anwar menerusi Facebook, hari ini.

Anwar berkata, dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Kerajaan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan.

Artikel Berkaitan

Back to top button