Berita

Gaduh sampai mati sebelum tanam belakang rumah

Kejadian berlaku di Sungai Choh, Rawang pada Sabtu.

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Pergaduhan dipercayai antara dua beradik berakhir selepas seorang daripada mereka maut dalam kejadian di Sungai Choh, Rawang, Selangor pada Sabtu.

Lebih menyayat hati, mayat mangsa kemudian ditanam untuk menyembunyikan kejadian terbabit.

Sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta pasukan forensik telah hadir ke lokasi selepas salah seorang ahli keluarga menghubungi memaklumkan kejadian.

Mayat mangsa kemudian dijumpai kira-kira jam 5 pagi, Ahad.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan satu kenyataan berhubung kes itu akan dikeluarkan pihaknya. — Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button