Berita

Gajikan PATI, DBKL keluar notis kompaun

Notis kompaun itu dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan yang menggajikan PATI.

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap pemilik premis perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa permit di Jalan Mega Mendung, di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, isu pemilik perniagaan warga tempatan menggaji warga asing sudah lama berlarutan dan lebih buruk lagi apabila warga asing yang digaji itu tidak mempunyai permit bekerja.

Susulan itu, katanya, operasi mengesan pekerja asing tanpa permit ini akan dilakukan secara berterusan bagi membendung kegiatan itu berlaku dan pihak yang menggajikan mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Dalam operasi dijalankan semalam, pihak kami sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan sebuah premis di Jalan Mega Mendung kerana menggajikan warga asing tanpa permit.

“Dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) dikeluarkan terhadap premis itu,” katanya.

Sementara itu, DBKL berkata, peraturan ditetapkan perlu dipatuhi semua majikan jika mengambil pekerja asing bekerja di negara ini.

“Paling penting jangan mengaut untung atas angin dengan ‘mengalibabakan’ lesen kepada warga asing,” katanya. — Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button