Berita

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor, KL bermula hari ini

Senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan pada masa terdekat

KUALA LUMPUR 10 Okt – Beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah susulan henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor awal pagi tadi akibat pencemaran bau.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sementara kembali beroperasi pada 4 pagi tadi.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Abas Abdullah berkata masih terdapat gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan pada masa terdekat.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Air Selangor sedang berusaha meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button