Berita

Gangguan bekalan beras tempatan masih berlaku – Mat Sabu

Permasalahan itu sudah semakin berkurangan dan pihaknya sedang berusaha memastikan bekalan beras tempatan mencukupi

KUALA LUMPUR 18 Dis – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui masih terdapat gangguan dalam bekalan beras tempatan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan permasalahan itu sudah semakin berkurangan dan pihaknya sedang berusaha memastikan bekalan beras tempatan mencukupi.

“Masih ada (gangguan), tetapi reda sekarang tapi masih (ada) lagi… Kita sedang usaha cukupkan, yang tuai baru ini masih dalam proses pengilangan. Jadi sekarang baru reda.

“Reda (isu) beras, ayam, telur, (nanti) mari bawang pula. Beras kita hanya 65 peratus, kita tidak cukup 35 peratus maka sentiasa ada perkara-perkara itu.

“Beras tempatan jadi rebutan sebab harga beras import mahal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Projek Kebuniti oleh Kelab Kebun Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai dakwaan berlaku gangguan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini. – Kosmo

Artikel Berkaitan

Back to top button