Berita

Gara-gara hutang, wanita curi duit tempat kerja RM400

Wanita itu disedari mencuri wang di kafe tempatnya bekerja kira-kira pukul 10 malam.

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Gara-gara mahu menjelaskan hutang, seorang wanita ditahan polis kerana bertindak mencuri wang berjumlah RM400, di sebuah kafe tempatnya bekerja di Johor, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan mendapati wanita berusia 24 tahun itu didapati melakukan perkara tersebut (curi) sekitar jam 10 malam di kafe berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan suspek berjaya dikesan majikannya setelah melihat rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV), dan kemudiannya membuat laporan polis.

“Sebaik menerima laporan tersebut, sepasukan polis telah menahan suspek pada hari yang sama.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Bagaimanapun, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Untuk rekod, suspek baru sahaja bekerja di kafe berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. — Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button