Ekonomi

Geely dijangka tingkat pelaburan di Malaysia

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 10 Okt – Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) merancang untuk meningkatkan pelaburannya di negara ini termasuk memperkukuh Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Geely Li Shufu dan tokoh perniagaan Syed Mokhtar Albukhary yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, hari ini.

Anwar berkata pertemuan tersebut merupakan bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang diumumkan beliau sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasminya ke China pada akhir Mac tahun ini.

“Tambahan pula, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

“Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, insya-Allah,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button