Berita

‘Gelar apa saja, saya teguh urus negara’ – PM tegur pembangkang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan politik kebencian dibawa pembangkang dengan melabel beliau dengan pelbagai gelaran, tidak menjejaskan tumpuannya untuk mengurus negara.

Merujuk kepada kempen pembangkang di PRK Sungai Bakap, Anwar yang juga menteri kewangan berkata beliau maklum mengenai pelbagai gelaran yang dilemparkan terhadapnya termasuk ejen Yahudi, dajjal, dan menjual negara kepada China.

“Apa saja mereka tak panggil saya. Mengenai BlackRock pun mereka kata saya ejen Yahudi, baik dengan Hamas pun dihina.

“Saya hanya jawab sikit-sikit tapi sering kali saya tak peduli kerana saya fikir kita punya tugas (lagi berat) dan ia tidak mudah. Fakta tidak dipeduli sama sekali, yang dilontarkan hanya kebencian.

“Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak, ia tidak akan ganggu kita,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button