Dunia

Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan.  – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Back to top button