Politik

GPS, GRS tidak akan bantu jatuh kerajaan perpaduan – Anwar

Perkara itu dimaklumkan kepada Anwar oleh Abang Johari pada semalam.

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan tidak boleh lagi bergantung kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membantu mereka.

Anwar mendedahkan bahawa beliau telah mendapat tahu daripada Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam bahawa terdapat “cubaan terdesak” oleh pihak lain untuk memujuk beliau dan GPS meninggalkan kerajaan perpaduan, tetapi ditolak dengan tegas.

“(Abang Johari) secara tegas, konsisten (cara) menolak (cadangan dan berkata) beliau tidak akan melayan sebarang perbincangan (mengenai) memutuskan hubungan antara Sarawak dan kerajaan perpaduan.

“Pendirian GPS adalah penting dalam senario politik hari ini kerana perubahan (kerajaan) hanya boleh dilakukan dengan sokongan GPS dan GRS.

“Walaupun ada usaha untuk membentuk (kerajaan) pintu belakang, ia hanya boleh dilakukan jika peluang diberikan oleh kedua-dua negeri,” katanya pada sesi bersama media hari ini. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button