Berita

Harga minyak masak botol kekal

Pengekalan harga itu untuk mengelak pengguna terkesan dengan isu kenaikan harga.

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Harga minyak masak dalam botol dikekalkan RM6.90 bagi satu kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan langkah itu bagi mengelakkan pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Antara inisiatif Kerajaan Madani adalah mengekalkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Tegas KPDN, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah akta tersebut iaitu denda RM100,000, RM500,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kerajaan akan terus memantau dan melaksanakan penguatkuasaan serta turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran,” katanya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button