Harga petrol, diesel kekal
Harga siling RON97 kekal pada RM3.47 seliter, RON95 RM2.05 dan diesel RM2.15

KUALA LUMPUR 29 Nov – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 30 Nov hingga 6 Dis.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
“(Harga dikekalkan) walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga semasa. harga siling,” menurut kenyataan itu.
Katanya, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Xklusif