Berita

Harga petrol, diesel kekal hingga 27 Disember

RON97 kekal pada RM3.47, manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.

KUALA LUMPUR 20 Dis – Harga semua jenis petrol dan diesel kekal hingga 27 Dis ini.

RON97 kekal pada RM3.47, manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button