Berita

Hebat anak muda! Dendeng Nyet Khairul Aming catat jualan RM1 juta dalam masa 3 minit

Khairul memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung pada 9 malam tadi

KUALA LUMPUR 2 Feb – Pempengaruh media sosial, Khairul Aming hari ini mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.

Sempena kempen jualan 2.2 di TikTok Shop, Khairul memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung pada 9 malam tadi.

“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ni, saya amat terharu dengan sokongan anda,” katanya dalam sesi penstriman langsung di TikTok Shop yang diadakan di kilangnya pada Jumaat sempena kempen jualan 2.2.

Ini merupakan rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop sebagai platform jualan dalam talian di Malaysia.

Pada masa sama, sesi siaran langsung beliau juga berjayq mencatat sejarah baharu selepas berjaya mencapai penonton siaran langsung paling tinggi iaitu melebihi 200,000 penonton.

Produk Dendeng Nyet Berapi merupakan produk kedua Khairul Aming. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button