Santai

Hijab Designers himpun 100 pereka seluruh dunia, hasil lebih 2,000 rekaan tudung

Menghimpunkan lebih 100 pereka, butik ini boleh dianggap sebagai pencetus fenomena rekaan tudung terbanyak di negara ini.

KUALA LUMPUR, Mac 25 – Mengagumkan, itu gambaran tepat mengenai butik Hijab Designers yang berjaya menghasilkan lebih 2,000 rekaan tudung dengan pelbagai corak, warna dan saiz hasil sentuhan pereka dari pelbagai negara di dunia.

Menghimpunkan lebih 100 pereka, butik ini boleh dianggap sebagai pencetus fenomena rekaan tudung terbanyak di negara ini malah pelanggan pastinya rambang mata melihat deretan aneka tudung di butik yang terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi ini.

Menariknya, rekaan tudung yang dihasilkan setiap hari itu memiliki keistimewaan masing-masing bagi memenuhi pelbagai cita rasa pelanggan.

Pengurus Operasi Hijab Designers, Nur Radhwa Mustaffa Kamal berkata, pereka yang menghasilkan rekaan tudung di butik itu datang dari pelbagai negara antaranya Taiwan, Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia.

“Setiap pereka memiliki kekuatan dan identiti tersendiri yang menghasilkan rekaan untuk kami. Setakat ini, lebih 2,000 rekaan sudah dikeluarkan.

“Rekaan ini akan disemak oleh pereka grafik ‘in house’ untuk memastikan beberapa penambahbaikan dari segi kualiti, saiz dan warna memenuhi piawaian kami.

“Malah, kami juga mengalu-alukan pelanggan yang ada rekaan sendiri untuk dicetak di kilang kami tanpa pesanan minimum namun menawarkan harga yang berpatutan mengikut range harga yang sama di butik,” katanya.

Menurutnya, pelanggan juga boleh memilih jenis-jenis tudung yang ada di laman web atau menghantar corak rekaan sendiri untuk dicetak di kilang Hijab Designers.

Hijab Designers merupakan penjenamaan semula TudungStore.com yang telah beroperasi sejak sembilan tahun lalu.

Antara pereka yang mendapat permintaan ramai adalah Printdesign.id, Fatah Design Scarf, Mazzea Hijab, TeraDesign, Syoorga Hijab, MAZ Design, ByShe Scarves, FR Design, Scarf Design Art dan SK Design.

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan tudung jenama itu, Nur Radhwa berkata, pihaknya menggunakan fabrik yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga cantik terletak pada muka si pemakai.

“Material yang digunakan ialah seperti kapas voile, sifon babydoll, arabian krep, ryana satin dan premium satin,” katanya.

Bukan hanya beribu corak menarik, pelbagai pilihan tudung seperti sarung, selendang dan tudung empat segi atau bawal boleh didapati di Hijab Designers.

Malah, pelanggan yang mahukan perincian batu permata seperti Swarovski juga boleh mendapatkannya di sini mengikut cita rasa masing-masing.

Pelanggan boleh mendapatkan tudung-tudung tersebut di laman webnya, iaitu www.HijabDesigners.com atau di pelbagai platform lain seperti Shopee, Lazada, stokis, ejen, dropship dan berkunjung ke butik.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan bermula RM49 dan ke atas mengikut jenis fabrik, gaya atau perincian. Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button