Hiburan

Hrithik Roshan datang Malaysia, bakal bikin konsert pada 1 Disember

Bintang Bollywood itu akan membuat kemunculan istimewa menerusi konsertnya pada 1 Disember depan.

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Satu ketika dahulu, sebelum industri K-Pop melanda dunia, genre filem dan lagu-lagu Bollywood pernah menjadi kegilaan global.

Malah, negara juga tidak terlepas daripada kehangatan Bollywood dan masih kekal mendapat tempat di hati peminatnya sehingga kini.

Bintang seperti Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aishwarya Rai, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra antara yang cukup popular dalam kalangan peminat.

Selain itu, nama Hrithik Roshan juga mempunyai pengikut yang cukup kuat dalam kalangan peminat Bollywood tempatan.

Terbaharu, pemenang enam kali Filmfare Awards itu yang juga salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India bakal membuat kemunculan di Malaysia.

Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosongsebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.

HRITHIK ROSHAN
Poster konsert Hrithik Roshan yang akan diadakan pada 1 Disember depan.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert merupakan konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda- Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora yang sensasi serta Sanya Malhotra yang berkarisma.

The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib.

Bersedia Kuala Lumpur dan tempah tiket anda sekarang!

Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour lewat Yess Boss Groups, Hrithik buat kesekian kalinya tidak akan mengecewakan peminat. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.

Dan sangat istimewa apabila Hrithik ditemani oleh pengarah koreografi, penerbit dan aktor Prabhudeva yang akan menjadi konsert ini sebagai sebuah sejarah.

Selain itu, konsert ini menampilkan pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara. Ia turut diserikan dengan kemunculan Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

HRITHIK ROSHAN
Tiket untuk konsert boleh dibeli menerusi laman www.yessbossticket.com

“Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.

“Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjangtahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert
akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

“Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

“Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.

Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari www.yessbossticket.com atau hubungi talian hotline 011-11546805. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button