Huawei Digital Power lancar FusionSolar C&I Smart PV&ESS
Huawei Digital Power memperkenalkan FusionSolar C&I Smart PV&ESS yang canggih di Malaysia melalui Forum Keselamatan PV&ESS dan Pelancaran Produk 2024. Acara ini dihadiri oleh lebih 250 peserta dari industri tenaga, fotovoltaik (PV), dan penyimpanan tenaga (ESS).
Huawei Digital Power, sebagai pemimpin industri PV, menekankan potensi PV sebagai bentuk tenaga utama yang akan memacu Malaysia ke arah negara neutral karbon, pengurusan alam sekitar, dan kelestarian. Peserta forum diperkenalkan dengan lebih mendalam mengenai teknologi ditawarkan FusionSolar C&I Smart PV&ESS.
Teknologi ini direka untuk mentakrifkan semula standard keselamatan dalam aplikasi komersial dan industri (C&I) dengan perlindungan keselamatan dalam tiga dimensi – keselamatan peranti, keselamatan aset, dan keselamatan peribadi.
CEO Huawei Malaysia, Simon Sun menegaskan bahawa Huawei Digital Power giat melakukan inovasi dalam industri tenaga boleh diperbaharui untuk membawa penyelesaian mampan kepada pelanggan dan menangani cabaran alam sekitar. Pada 2023, Huawei Berjaya memasang 145GW inverter solar secara global dan menjana 1,110.6 bilion kWh elektrik.
Pendekatan Huawei Digital Power mengintegrasikan teknologi digital, kuasa elektronik, pengurusan haba, dan pengurusan ESS yang dirujuk sebagai teknologi ‘4T’ untuk memudahkan peralihan Malaysia kepada negara berkarbon rendah.
Selain itu, forum juga meneroka topik seperti Gambaran Keseluruhan Landskap Solar dan Penyimpanan Tenaga Malaysia, Gambaran Keseluruhan Potensi Bahaya Keselamatan dalam Pemasangan PV&ESS, dan Meneroka kemampuan industri teknologi hijau di Malaysia.
Selaras dengan objektif kerajaan Malaysia untuk mengurangkan emisi karbon dan mencapai neutral karbon, Huawei komited untuk berinovasi dan membentuk perkongsian strategik untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang maju untuk membina ekonomi rendah karbon di Malaysia.