Berita

Hubungan Abdul Hadi, Muhyiddin baik-baik saja…

Kedua-dua pemimpin itu juga kekal sepakat dalam Perikatan Nasional (PN) di mana Pas menentukan dalam Majlis Syura

PUTRAJAYA – Jalinan kerjasama politik antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan dalam keadaan baik, selagi gus menepis dakwaan kononnya wujud ‘perang’ antara kedua pemimpin itu.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, kedua-dua pemimpin itu juga kekal sepakat dalam Perikatan Nasional (PN) di mana Pas menentukan dalam Majlis Syura.

“Saya ingin beritahu secara rasmi tidak ada langsung perang antara Muhyiddin dan Abdul Hadi di mana mereka ini kekal sepakat dalam PN.

“Hubungan mereka sangat baik dan mereka akan menjadi pembangkang lebih baik lepas ini,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa hubungan Muhyiddin dan Abdul Hadi sedang dingin dan mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung status PN.

Mengulas lanjut, Syed Muhammad Imran berkata, PN disifatkan sebagai parti dominan untuk orang Melayu dan cerita yang disebarkan dilihat sebagai tidak tepat. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button