Berita
Hujan berterusan dijangka berlaku pada 16 hingga 18 November
Hujan diramal berlaku di pantai timur, utara semenanjung serta timur Sabah.

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Hujan berterusan diramal berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh berkenaan.
“METMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” menurut kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. — Xklusif