Berita

Hujan berterusan tahap waspada di 4 negeri hingga Isnin depan

Kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai

KUALA LUMPUR 17 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini hingga 20 Nov.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Pahang, kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button