Berita

Hujan tak berhenti, 13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Perkembangan banjir di Terengganu setakat jam 12 tengah hari tadi

KUALA TERENGGANU 26 Dis – Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Berdasarkan data daripada laman web publicinfobanjir.water.gov.my di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 35.08 meter (m) melepasi paras bahaya 35m dan Sungai Besut di Kampung La merekodkan 22.16m (paras bahaya 21.8m).

Di Setiu pula, Sungai Nerus di Kampung Bukit berada pada paras 13.78m (paras bahaya 13.2m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri merekodkan bacaan 9.08m (paras bahaya 8.8m) manakala di Kuala Terengganu, Sungai Terengganu di Drawbridge berada pada paras 2.27m (paras bahaya 1.8m).

Selain itu di Hulu Terengganu, Sungai Berang di Kampung Menerong merekodkan bacaan 25.7m (paras bahaya 24.5m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang mencatatkan bacaan 37.91m (paras bahaya 37.5m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu berada pada paras 22.39m (paras bahaya 21m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 20.93m (paras bahaya 19.7m). – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button