Berita

Ibu, anak maut, kereta bertembung lori 10 tan di Mersing

Mangsa merupakan wanita berusia 33 tahun dan anak lelakinya, 4 tahun.

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori 10 tan di Jalan Mersing ke Felda Nitar 1, Mersing, Johor pagi tadi.

Berdasarkan laporan awal, mangsa dikenali Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad, 4, yang menaiki kereta Perodua Viva.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.37 pagi.

Menurutnya, susulan itu sebuah jentera dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa tersepit dalam kereta terbabit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya. — Harian Metro

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button