Berita
Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia
Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.
Ibunya Meriam Ahmad, 74, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi tadi.
Sebelum ini, Allahyarhamah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak kelmarin selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik.
Muhammad Sanusi berkata doktor turut mengesahkan ibunya juga mengalami strok dan dalam penjagaan rapi pihak hospital.