Viral

Ibu tergamak buang anak kandung 11 tahun sebab…

Kejadian dipercayai berlaku di Johor Bharu itu dikongsikan pengguna Facebook, Herman Sudil.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun didakwa dibuang ibu kandung atas alasan suami baru wanita itu enggan menjaga kanak-kanak itu.

Kejadian dipercayai berlaku di Johor Bharu itu dikongsikan pengguna Facebook, Herman Sudil yang mendakwa wanita itu baru saja berkahwin dengan lelaki berkenaan kurang dari setahun.

“Bapak tiri kata anak ini ‘masalah’. Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.

“Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia. Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapak tiri,” katanya.

Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan akan menumpang di rumah guru wanita sekiranya tidak mahu berduaan di rumah bersama bapa tirinya itu.

“Kalau lari rumah tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan.

“Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak,” katanya,

Menurut Herman yang juga pengurus sebuah pusat kebajikan, TBQ Amal, lelaki yang baru dikahwini wanita itu adalah bapa tiri kedua kanak-kanak itu.

“Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok aje dia tak buat masalah. Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.

“Jangan pandai buat anak tetapi b**** menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi b**** nak pertahankan anak!,” katanya.

Menurut Herman, pengurus wanita TBQ Amal sedang menyelesaikan kes berkenaan di Balai Polis untuk menempatkan kanak-kanak itu di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal.

Malah, ibu kandung kanak-kanak itu dengan rela hati tandatangan sebarang dokumen untuk serahkan anak dia

“Minta maaf kalau posting ini kali kasar sedikit tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang b****!…..

“Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insyaAllah tak akan miskin kita bila jaga anak ini,” katanya. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button