Santai

Iftar 2025 di Menara KL, sambil berbuka sambil menikmati panorama Kuala Lumpur

Pejam celik, pejam celik kurang daripda 100 hari kita akan menyambut Bulan Ramadan walaupun belum tamat lagi tahun 2024.

Sudahkah anda merancang untuk berbuka puasa di mana tahun depan? Jadi, apakah kata anda bersama keluarga yang lepaskan peluang mencipta memori indah berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur yang bakal menghidangkan 200 pilihan menu tradisional melalui program istimewa, ‘Dari Dapur TEMU’.

Bermula 5 Mac hingga 28 Mac 2025, buffet ini akan berlangsung di TEMU Utama, Menara Kuala Lumpur dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Nazli Saad, berkata program kali ini lebih istimewa kerana pengunjung bukan sahaja dapat menikmati iftar mewah sebaliknya turut menerima tiket masuk percuma ke tarikan Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck dan Observation Deck.

“Ramadan kali ini, kami ingin memberikan pengalaman yang menyeluruh. Dengan setiap pembelian pakej Dari Dapur TEMU, pengunjung boleh berbuka puasa sambil menikmati pemandangan kota yang memukau di ketinggian 288 meter.

“Ini adalah peluang unik untuk menikmati keindahan Kuala Lumpur dalam suasana yang berbeza, saya minta semua yang berminat untuk tidak lengahkan masa sebaliknya segera rebut peluang tawaran harga istimewa Early Bird sebelum 31 Januari 2025,” katanya.

Tempahan akan dibuka seawal 31 Januari 2025 dan rebut peluang harga ‘early bird’ yang menawarkan RM119 sahaj untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak pada hari biasa dan hujung minggu pula dewasa, RM169 dan kanak-kanak RM59.

Menara Kuala Lumpur juga akan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat, menjemput anak-anak yatim, asnaf, dan pelajar tahfiz berbuka puasa bersama-sama di lokasi ikonik ini.

Menariknya, semua hidangan ini disediakan sepenuhnya oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd yang diketuai oleh Chef Yasir Omar.

“Antara hidangan utama yang pasti menggamit selera ialah Kambing Golek Manja yang saya sangat optimis menjadi anatar hidangan kambing yang etrbaik pada bulan Ramadan ini. Krmudian kita ada Lidah Lembu Bakar, Sup Power Rusuk Lembu, Vietnamese Roll 288, dan Shawarma Ayam d’TEMU. Memang lain daripada lain. Cara masakan kita, resipi.

“Kebanyakan makanan ini adalah hidangan tradisonal yang bukan sahaja sedap sebaliknya menggamit kembali kenangan ketika berbuka di kampung halaman.

“Lebih hebat lagi apabila kita berbuka puasa bersama keluarga, insan tersayang serta sahabat handai dapat menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur, sama ada ketika matahari terbenam bawah sinaran lampu kota. Pada saya, ini sangat menakjubkan,” ujarnya.

Jadi, apa tunggu lagi, rancang iftar 2025 anda sekarang dan nikmati Ramadan yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur! Untuk maklumat lanjut, hubungi +603-2020 5421 atau layari laman rasmi Menara KL di kltower.com.my.

Artikel Berkaitan

Back to top button