Ekonomi

In Saff Travel tawar hadiah utama Proton Saga sempena sambutan ulang tahun ke-10

AGENSI pelancongan In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. (In Saff Travel) sedang merayakan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan pelancaran promosi menarik dan cabutan bertuah bernilai tinggi. Acara ini diadakan sempena Saudi Travel Fest di IOI Mall Putrajaya, di mana In Saff Travel memperuntukkan hadiah berjumlah RM100,000 yang akan diagihkan dalam tiga sesi berasingan.

Antara hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Proton Saga dan basikal. Selain itu, pelbagai hadiah lain juga disediakan, termasuk gajet elektronik seperti tablet dan yang paling menarik, pakej umrah percuma.

Pengarah In Saff Travel Sdn. Bhd., Mohd Fahmi Mohd Nawi

Acara pelancaran promosi ini disempurnakan oleh barisan pengarah syarikat, termasuk Mohd Aswadi Ali, Mohd Fahmi Mohd Nawi, Ahmad Falaahuddiin Jasni, dan Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, yang merupakan lepasan pelajar Universiti Ummul Qura di Mekah. Kehadiran mereka menambah kemeriahan acara ini.

Menurut Fahmi, “Pelancaran promosi ini dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan baru dan memperluas capaian In Saff Travel dalam pasaran pelancongan umrah di Malaysia. Dalam tempoh 10 tahun beroperasi, In Saff Travel telah membina reputasi yang kukuh dalam menjaga jemaah semasa menunaikan ibadah umrah tanpa sebarang masalah.”

Kempen cabutan bertuah In Saff Travel sempena 10 tahun penubuhannya di lancarkan di Saudi Travel Fest di IOI Mall Putrajaya

In Saff Travel menawarkan pakej umrah bermula dari harga RM4,970 hingga RM7,790, memberikan pelanggan pelbagai pilihan mengikut bajet masing-masing. Bagi mereka yang mahukan perkhidmatan eksklusif, agensi ini juga menyediakan pakej premium dengan harga yang lebih tinggi.

Sebagai agensi pelancongan umrah terkemuka di Malaysia dengan 32 cawangan di seluruh negara, In Saff Travel bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi peneraju dalam industri ini.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button