Berita

Inspektor disyaki rogol wanita datang buat laporan di IPD Tumpat

Perintah reman tersebut membolehkan pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

TUMPAT 30 Jan – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi mengeluarkan perintah reman ke atas inspektor yang merupakan pegawai penyiasat di Mahkamah Majistret Tumpat pada Selasa.

Perintah reman tersebut membolehkan pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya semasa prosiding reman berlangsung.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan inspektor berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button