Berita

Isu bekalan beras dibincang dalam Mesyuarat Kabinet esok – Mat Sabu

Ia supaya Kabinet dapat berbincang dan mencari langkah menangani isu bekalan beras

PUTRAJAYA 26 Sept – Semua isu berbangkit berkaitan bekalan beras akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, supaya Kabinet dapat berbincang dan mencari langkah menangani isu berkenaan.

“Saya nak lihat agenda (mesyuarat Kabinet terlebih dulu), tetapi saya akan kemukakan perkara baharu yang berlaku (berkaitan isu beras) yang saya akan sampaikan dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Malaysia Ke-25 di sini, hari ini. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button