Berita

Isu video lucah: Agus, Wahab dipanggil beri keterangan polis hari ini

Kedua-dua mereka dijangka memberi keterangan secara berasingan.

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, dipanggil memberi keterangan berhubung video bualan lucah di Bukit Aman, hari ini.

Turut akan dipanggil bagi tujuan sama oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Abdul Wahab yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Langat, sebelum ini mengaku merakamkan video berkenaan tetapi mendakwa kandungannya sudah disunting.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain, berkata Abdul Wahab dijangka memberi keterangan secara berasingan.

“Abdul Wahab akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan memanggil beberapa individu lain dalam proses membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi BH.

Razarudin berkata, siasatan juga turut sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu yang dikatakan sebagai ‘Mr H’ yang sebelum ini dilaporkan sebagai bertanggungjawab mengubahsuai video berkenaan.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan waktu dan lokasi proses rakaman percakapan Mohammad Agus.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu sidang media berhubung kes berkenaan hari ini. — BH

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button