Berita

Jangan berhutang untuk melabur dalam ASB – Asyraf Wajdi

Pembiayaan terkini ASB sekitar 4.7 peratus dan peningkatan itu bergantung kepada keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

KUALA LUMPUR 27 Sept – Orang ramai diingatkan supaya mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) susulan kadar dividen yang semakin menyusut.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembiayaan terkini ASB sekitar 4.7 peratus dan peningkatan itu bergantung kepada keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Jangan sesekali berhutang untuk melabur sedangkan dividen ASB sekitar 4.6 peratus sahaja dan jumlah ini makin menyusut setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, prinsip mudah untuk melabur perlu mengelakkan diri daripada berhutang supaya tidak terbeban dengan isu kewangan.

Ujarnya, jarang sekali keuntungan mampu berkekalan jika pelaburan dijana daripada sumber berhutang.

“Ketika menjadi Pengerusi Syariah dan Lembaga Pengarah sebuah bank komersil tempatan dahulu, saya tidak pernah membenarkan bank menawarkan produk pembiayaan bagi tujuan pelaburan ASB,” jelasnya. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button