Politik

Jangan sampai kena tipu dua kali – Wan Rosdy

MARAN, Nov 8 — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan pengundi di negeri ini supaya tidak lagi ditipu oleh Pakatan Harapan (PH).

Ujarnya, sudah menjadi kebiasaan pembangkang, terutamanya DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk menabur janji ketika musim pilihan raya.

Kita tahu DAP ini dari dulu suka tabur janji, dulu dia berjanji nak hapuskan tol, ingat tak, nak kurangkan harga minyak, benda lagi, banyaklah.

“Ini dia janji ini pula, takkan kita nak kena tipu dua kali, dengar bolehlah, tapi jangan percaya,” katanya ketika ditemui di Maran, hari ini.

Wan Rosdy  mengulas demikian selepas ditanya berkaitan kenyataan media PH Pahang semalam yang menawarkan bantuan sehingga RM50,000 kepada mangsa banjir di negeri ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda PH Pahang, Young Syefura Othman yang juga calon parlimen Bentong untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Young Syefura berkata, nilai bayaran bantuan itu diambil kira berdasarkan kerugian dialami mangsa.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Rosdy memberitahu sepatutnya pengundi melihat kepada ‘track record’ pemimpin sebelum membuat pilihan.

“Kita mempunyai ‘track record’ yang baik sepanjang 54 bulan menerajui Pahang, semua aspek kebajikan (rakyat), peningkatan (kutipan) hasil dan mengurangkan hutang (kerajaan negeri).

“Jadi, lebih baik (pengundi) tengok apa yang telah kita buat,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button