Berita

Jangan tangguh, tolak jika anak terima tawaran di Mara

Hal kewangan tidak perlu digusarkan kerana Mara mampu mengawal perkara itu.

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak yang mendapat tempat di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara)Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan jangan sesekali menangguh atau menolak tawaran tersebut.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya ada kes-kes pelajar yang tidak mampu membayar yuran atau kos-kos awalan lain, pihak Mara bersedia menerima mereka.

Jelas beliau, pelajar-pelajar boleh membayar kos-kos tersebut secara ansuran atau banyak kaedah lain yang boleh Mara ikhtiarkan.

“IKM atau mana-mana institusi pendidikan Mara memang keutamaan kami adalah membantu pelajar-pelajar miskin dan daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Yang penting ambil peluang masuk dalam program-program TVET atau kemahiran yang Mara sediakan kerana ia mampu merubah nasib diri dan keluarga dengan tawaran kerja yang tersedia,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima mesej daripada keluarga yang kesempitan kewangan dan meminta tawaran melanjutkan pengajian di Mara ditangguhkan atau ditolak. Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button