Dunia

Jepun rancang kereta api laju tanpa pemandu bermula 2030

Kereta api laju Shinkansen boleh bergerak mengelilingi Jepun, tanpa pemandu, bermula pertengahan 2030-an, kata salah satu pengendali rel utama di negara itu.

Kereta Api Jepun Timur (JR East) akan mula memperkenalkan kereta api, yang mana banyak tugas pemandu diautomasi, pada bahagian-bahagian di satu laluan mulai 2028, kata syarikat itu pada 10 September. Bagaimanapun, pada masa itu, pemandu kekal dalam gerabak.

Syarikat itu berharap untuk mencuba sepenuhnya kereta api tanpa pemandu pada 2029 di landasan singkat yang tidak berfungsi, sebelum melancarkannya antara Tokyo dan Niigata, untuk laluan Joetsu Shinkansen pada pertengahan 2030.

“Bagi merealisasikan pemanduan tanpa pemandu serta mengubah pengurusan kereta api menjadi sistem yang cekap dan mampan, kami akan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran sosial seperti penurunan populasi dan pembaharuan dalam cara pekerja bekerja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebab utama di sebalik rancangan itu bagaimanapun, “adalah perlunya untuk sentiasa berinovasi dalam teknologi kereta api, seterusnya boleh membantu menangani kekurangan buruh dan isu-isu lain”, kata jurucakap JR East.

Kelajuan maksimum Shinkansen di laluan Joetsu ialah 275 kilometer sejam (km/j), manakala di laluan lain, ia boleh beroperasi pada kelajuan 300km/j atau lebih laju.

Jepun, yang populasinya semakin menurun adalah negara kedua dengan jumlah penduduk tua di dunia, menghadapi kekurangan pekerja di banyak sektor ekonomi.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button