Berita

JPN nafi pendatang China mohon kerakyatan

JPN berkata video tular itu diulang siar daripada video lama pada 2018.

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Satu video tular mendakwa “berduyun-duyun” pendatang dari China memohon kerakyatan negara ini adalah rakaman lama yang sudah dinafikan kesahihannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata video tersebut diulang siar dari video lama pada 2018 dan pihaknya telah menafikan dakwaan itu pada tahun yang sama.

“Video yang diulang siar ini merupakan video pada sekitar 2018 dan JPN juga ketika itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara ini,” kata kenyataan itu.

Video berkenaan yang tular semula pada bulan lalu, mendakwa kira-kira 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan negara untuk menjadi pengundi sebuah parti politik.

Tegasnya, urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini yang dilaksanakan oleh agensi itu adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

“Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button