Berita

Kad diskaun khas untuk peniaga Menu Rahmah

Kad itu akan diperkenalkan bermula esok

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kad diskaun khas untuk peniaga Menu Rahmah akan diperkenalkan esok, kata Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, inisiatif terbaru itu membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan potongan harga ditawarkan di enam pasar raya yang bekerjasama dengan kementerian terbabit.

“Esok saya akan turun bersama Timbalan Menteri (KPDN), bagi satu inisiatif terbaru iaitu penawaran kad diskaun rahmah kepada pengusaha kafe dan restoran yang terbabit dalam inisiatif ini.

“Ia sebagai insentif kepada mereka yang menyokong usaha kerajaan (melalui Menu Rahmah) selama ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, KPDN memaklumkan akan mewujudkan mekanisme khas bagi memberikan potongan harga istimewa kepada peniaga Menu Rahmah. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button