Berita

‘Kaji keperluan petugas kesihatan, bukan bawa masuk jururawat luar’ – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR 31 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan ingin membawa masuk jururawat asing bagi menangani isu kekurangan jururawat di hospital swasta.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.

“Saya ingin menjelaskan, kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan, bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara.

“Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat tempatan yang berkorban masa serta tenaga demi menjaga kesihatan rakyat,” katanya di Twitter.

Terdahulu, media melaporkan KKM sedang mempertimbangkan pengambilan jururawat asing bagi memenuhi keperluan hospital swasta yang mengalami masalah kekurangan jururawat.

Zaliha berkata, pihaknya sedang memperhalusi isu itu dan mengadakan lebih banyak libat urus dengan sektor berkenaan.

Artikel Berkaitan

Back to top button