Hiburan

‘Kalau saya dapat kereta kancil pun, saya gembira’, Bell Ngasri teruja dapat hadiah Mini Cooper

Bell berkongsi rasa berdebarnya hingga tidak boleh tidur lena kerana terlalu teruja memikirkan mengenai hadiah berkenaan.

KUALA LUMPUR 31 Julai – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan layak diberi kepada Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35), Bell Ngasri apabila menerima kereta kereta idamannya jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors, pagi tadi.

Bell atau nama Ngasrizal Ngasri, 43, meluahkan rasa gembiranya berikutan ini ini kali pertama dia menerima hadiah semewah itu dalam hidupnya.

Malah, Bell berkongsi rasa berdebarnya hingga tidak boleh tidur lena kerana terlalu teruja memikirkan mengenai hadiah berkenaan.

“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok.

“Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.

Bell berkongsi perkara itu semasa penyerahan kereta di DTC Motors yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.

Kereta mewah tersebut diserahkan oleh pemilik DTC Motors, Afendy Wahid diiringi penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin

Dalam pada itu, Bell mengakui kenderaan yang diterima itu merupakan kereta idamannya selama ini.

“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak.

“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar yang pernah saya terima dan bertambah dasyat bila dapat sebuah kereta,” katanya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button