Berita

Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai

SEORANG kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai di Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus Sainkui berkata mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada 3.05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari berkaitan mangsa dibaham buaya ketika mandi di sungai.

“Susulan itu, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah mencari di permukaan air.

Operasi SAR, katanya turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). – BERNAMA

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button